NGO Kg Peremba telah mengadakan majlis kacau bubur Assyura di hadapan rumah Setiausaha NGO Pn. Haslina pada 24 Dis 2010. Majlis tersebut dibuat bersama Idaman Environment. Ahli2 Wanita NGO sedang menyediakan bahan-bahan untuk dimasak serta kacau bubur selepas itu dibantu pula ahli2 lelaki NGO dan juga anggota Idaman turut membantu.
Ahli NGO Wanita sedang bergotong royong memotong sayuran untuk bahan masak
Di tempat memasak bubur pakat2 bubuh dalam periuk
Saudara Ahmad sedang mengacau bubur diperhatikan oleh juru masak
Tok Wa membantu Ahmad mengacau bubur
Pak Yus sedang bersiang ikan talapia besar untuk dimasak
Tn Pengerusi Persatuan Pak Wan sedang menyuap nasi dengan
lauk ikan talapia masak 3 rasa di perhatikan oleh Dr zainol
Salah seorang ahli NGO berbangsa Tiong Hua
Pn Sofiah dan Pn Tunjung sedang menjamah makanan yang disediakan
ih ih sapa la makan ni sampai tinggal kepala
Inilah tukang masak kami En Yusni masak ikan talapia 3 rasa
Timbalan Pengerusi sedang menyusun bubur diatas meja
Inilah orang kuat NGO Kg Peremba- Persatuan Penduduk
Kampung Hujung Jalan Bunga Raya
Pengerusi dan Timbalan bergambar bersama-sama AJK NGO