Sabtu, 26 Februari 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432H PERINGKAT PERSATUAN PENDUDUK KG PEREMBA

Majlis ini diadakan pada 15 Feb 2011. Aturcara majlis seperti berikut:
1.  Jam 0800 pagi berhimpun dan memulakan perarakan melalui jalan2 kampung peremba.
2.  Tamat perarakan. jamuan makan. disertai dengan acara Nasyid anak2 Penduduk Kg Peremba dan pertandingan Azan.
3. Jam 1000 pagi . Ceramah sempena Maulidurrasul oleh penceramah jemputan.
4. Majlis tamat pada jam 1200 tengahari.
Penglibatan adalah semua ahli persatuan dan penduduk kg peremba.
















Sabtu, 12 Februari 2011

MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN DAN TAHUN BARU CINA

Majlis tersebut diadakan dihadapan rumah Setiausaha Pn. Haslina Awang.  Majlis tersebut sebagai menghormati kebudayaan salan seorang ahli Tionghua. Majlis diadakan dengan jamuan ahli persatuan dan diadakan juga sukaneka bagi anak2 ahli persatuan. Program aktiviti tahunan 2011 bermula dengan suasana meriah kerana dapat sambutan dari ahli persatuan serta anak2 ahli.




































Ahad, 6 Februari 2011

MESYUARAT NGO KALI PERTAMA TAHUN 2011

Mesyuarat diadakan pada 04.02.2011 bertempat di rumah Pengerusi bermula jam 2100 malam. Dihadiri oleh AJK seramai 11 orang. Mesyuarat telah membincangkan perkara berikut:
1. Aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2011.
2. Majlis sambutan Hari Tahun Baru Cina
3. Majlis sambutan Maulidurrasul 1432H.
4. Penetapan tarikh mesyuarat Agong tahun 2011.

Tuan Pengerusi, Timbalan Pengerusi sedang mesyuarat disokong bersama AJK NGO

Khusuknya mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi

Lepas mesyuarat jangan lupa kita makan ye sila sila